Total Pageviews

Friday, 4 April 2014

Hakikat hidup seorang pelajar =)



Diari hidup seorang pelajar....belajar,belajar,belajar...Setiap hari kite akan buat bende yang sama..that is belajar...Apa yang dikejar? Carrymark yang tinggi as bekalan final exam...Pointer yang tinggi supaya kita dapat first class degree and dean list,Pencapaian kokurikulum yang cemerlang supaya kita dapat kerjaya yang kita idamkan..Sebab sume tu,kite sanggup tak tidur malam,tak makan banyak, tak lepak dengan member,tak tengok anime yang kite minat...Betapa berkuasanya semua tu dalam minda dan jasad kita...Dalam sibuk mengejar semua tu, kita lupa..akan matlamat sebenar kita belajar iaitu KERANA ALLAH TAALA.Kadang – kadang, kita sanggup tangguhkan solat sebab nak study lebih masa, kadang – kadang kita lupa nak tunaikan tuntutan tubuh badan kita dengan  beriadah dan bersenam just sebab nak exam..kadang – kadang kita lebih banyak masa dengan buku berbanding membaca Al-QurAn...Sume tu, kita tinggalkan hanya kerana nak excel dalam pelajaran..kononnya,semakin banyak masa yang kita luangkan untuk belajar, semakin cemerlang result kita.  Memang betul, hypothesis tu kita dapat dalm kehidupan yang sebenar. Memang betul, tak pernah ada orang yang Berjaya kalau tak berusaha kecuali gifted person yang Allah kurniakan kelebihan pd certain thing kat dia..Tapi,aku still lagi ingat pesan seorang sahabat, jangan sesekali berakidah semakin banyak usaha kita penentu kejayaan, tapi berakidahlah bahawa tawakal dan pergantungan kita kepada Allah  adalah jalan sebenar menuju kejayaan. Tapi jangan kepercayaan tu, kita tak berusaha, Allah sendiri ada berfirman, ‘Aku takkan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha kaum itu sendiri. SO, berusahalah semampu yang boleh, berdoa, dan bertawakkallah..SesungguhnyaAllah tu maha adil dan maha penyayang. Sentiasa ingat janji Allah,
 ‘ Kamu akan dapat apa yang kamu usahakan ‘ dan ingatlah Allah itu tidak ada keraguan baginya. Dulu aku selalu fkir aku blajar sebab nak Berjaya, buatkan parent bangge n hepy n supaya dapat kerja yang best. Haha zaman kanak-kanak kan, kte tend to think what others think and surrounding aku menunjukkan hanya orang yang Berjaya je dipandang tinggi. Semakin hari, aku semakin dewasa, berhadapan dengan macam-macam cabaran dan dugaan, dengan pelbagai jenis manusia..sampailah aku pernah terfikir, hdup aku ni, semata-mata untuk belajar, kejar kerjaya & duit je ke?
Haha sampai lah aku bertemu dengan golongan-golongan yang mengingatkan aku kembali tujuan hidup kita kat dunia ni...
 “dan tidaklah aku ciptakan khalifah di bumi semata untuk beribadah kepadaku’
MasyaAllah, betapa aku alpa pada kehidupan dunia yang hanya permainan semata. Aku lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan seharian adalah ibadah kepada Allah. Ibadah bukan bmaksud solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan n perkara-perkara wajib semata  tapi juga belajar, menolong sahabat, walhal tidur juga ibadah.Namun semua ini perlulah disertakan dengan niat didalam hati kerana Allah.
Jom sahabat, kite tukar persepsi hidup kita? Semoga Allah menetapkan hati kita dan memasukkan kita di kalangan orang-oran yang dirahmatinya....amin..=)